Business View

Rumah Makan Cibiuk Malaysia ( Putra Kajang HQ)

Rumah Makan Cibiuk Kajang ( VIP ROOM )

Rumah Makan CIbiuk Kajang ( Meeting Room )

Rumah Makan CIbiuk Kajang ( Prayer Room )

About Us

Ikan Terbang di RUMAH MAKAN CIBIUK

Jom rasa ikan talapia goreng kipas atau 'ikan terbang" di Rumah Makan Cibiuk. 

Rasanya yang segar dan enak tanpa berbau hanyir.

Ini kerana kami hanya menyediakan ikan Talapia Sungai Pahang yang cukup terkenal dengan kelazatannya.

Review di Utusan Malaysia di Ruangan MODE GAYA HIDUP

WILUJENG SUMPING ke Cibiuk. Bermakna Selamat Datang ke Rumah Makan Cibiuk. 
Ikuti ulasan selanjutnya tentang keistimewaan makan Sunda di Utusan Malaysia hari ini -ruangan MODE Gaya Hidup Keluarga Moden.



Artikel Boleh dibaca Online di:
http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/nikmati-makanan-sunda-di-cibiuk-1.54313

Best Sambal In Town - Sambal Tomato Ijo

Tidak ketinggalan digunakan terasi sebagai bahannya. Cabai yang digunakan adalah cabe hijau dan cabe rawit. Dalam penampilannnya, sambal ini akan berwarna hijau karena bahan-bahan yang digunakan dominan berwarna hijau. Rasanya yang sederhana pedas dan khas sesuai dimakan oleh pelbagai golongan dan menjadi favorit bagi pencinta sambal.

Servis Yang Komited

Pihak Rumah Makan Cibiuk komited untuk menyediakan perkhidmatan pramusaji yang terbaik dan mesra pelanggan.

Jika anda ada mempunyai keperluan berhubung dengan pihak kami , sila hubungi pegawai kami seperti berikut.

-Tel: 03-87415000
-Email: cibiukmalaysia [at] gmail[dot]com

PAVLOVA di RUMAH MAKAN CIBIUK

PAVLOVA kini kembali di Rumah Makan Cibiuk, Putra Kajang .

Selamat menjamu selera!

RUMAH MAKAN CIBIUK MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM

Alhamdulillah, Rumah Makan Cibiuk diberi peluang menyantuni anak-anak yatim dari  Rumah Anak Yatim Pekerti Mulia Sungai Kantan, Kajang. Semoga kunjungan ini  menyumbang sedikit kegembiraan di hati mereka.


Semoga menjadi anak-anak soleh/solehah!


Sila klik pautan di bawah untuk melihat gambar-gambar berkaitan.

enterprise.center/office/front_desk/my715383/photo_galleries/3EB9BD78-F702-11E5-8A0A-22000AA900D8

PEMBUKAAN CAWANGAN TERBARU - SHAH ALAM

Cawangan ketiga setelah cawangan Melaka dan Wangsa Maju ini  terletak di Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam. Mula beroperasi sejak 5hb Mac 2016.

Lokasinya yang  strategik berhampiran dengan pusat pentadbiran Bandaraya  Shah Alam dan lain-lain agensi kerajaan /swasta, dan bertentangan  dengan DEMC Hospital menjadikannya destinasi yang paling sesuai uk santapan bersama rakan sekerja mahupun ahli keluarga.


Alamat : Lot B19 ( Vista Alam) , Jalan Ikhtisas Seksyen 14 , 40000 Shah Alam.

Tel : 03-55240691

Untuk maklumat lanjut, layari:
      facebook.com/cibiukshahalam
      Instagram : #cibiukshahalam 

Waze/ GPS: Rumah Makan Cibiuk Shah Alam
Google Maps: goo.gl/maps/3mV

REVIEW OLEH SAJI ONLINE

RAJANYA SAMBAL, JAGONYA GURAME, TOPNYA AYAM GORENG.


PERCUMA…PERCUMA…PERCUMA. Siapa percaya ada restoran yang masih mampu memberi anda hidangan percuma? Segala yang dihidangkan di pondok kecil ini percuma! Ambil sebanyak mana yang anda mahu, namun janganlah sehingga membazir. Dan lebih menarik, setiap hidangan utama, didatangkan air teh secara percuma.

Dan tidak perlu menunggu promosi Air Asia untuk merasai makanan Sunda di Indonesia. Rumah Makan Cibiuk (RMC) menghidangkan masakan original Sunda khas untuk anda. Tukang masak dan pekerja diterbangkan khas dari Sunda bagi anda merasai sendiri pengalaman unik ini. Menurut pemilik,Jamaluddin Omar, hanya penduduk asal Cibiuk yang mahir membuat sambal dan disebabkan itu, mereka mengambil keputusan memilih hanya yang terbaik dari Cibiuk untuk dibawa ke sini.

Untuk artikel penuh, sila layari link ini

sajionline.com.my/rajanya-sambal-jagonya-gurame-topnya-ayam-goreng